HEADLINES

‘Update terkini, artis tu dah bayar separuh’, Man Raja Lawak tunggu separuh lagi bayaran sehingga jam 12 malam ini

Terdahulu, pada awal pagi ini, Man Raja Lawak mendedahkan perbuatan artis tersebut yang liat membayar wang miliknya sebanyak RM10,000 yang dipinjam artis berkenaan

9:45 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Selepas membuat pendedahan mengenai sikap seorang rakan artis yang didakwa liat membayar hutang sebanyak RM10,000 yang dipinjam daripadanya, Man Raja Lawak telah memuatkan sebuah hantaran baharu di Instagram Storynya.

Hantaran berkenaan bukan bertujuan untuk mendedahkan identiti artis berkenaan sebaliknya Man Raja Lawak sekadar ingin memaklumkan bahawa dia sudah pun mendapat separuh bayaran daripada artis tersebut.

“Update terkini. Artis tuh dah bayar separuh. Malam ni janji lagi separuh. Kalau takde, 12.01 minit malam abang akan bagitau nama penyanyi tuh. Korang semua kenallah, sebab dia glamor,” tulisnya.

Wah! Penyanyi popular rupanya yang liat nak bayar duit Man Raja Lawak tu. Apa teruk sangat perangai?

Terdahulu, pada awal pagi ini, Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim mendedahkan sikap artis tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Man Raja Lawak telah meminta artis berkenaan untuk membayar semula wangnya sebanyak RM10,000.

Andai kata si artis tersebut gagal berbuat demikian, dia tidak agak teragak-agak untuk mendedahkan identitinya kepada umum.

“Abang cuma nak beritahu artis yang kata nak bayar hutang abang pada 22 haribulan (Oktober), jangan sampai abang hilang sabar. Itu je. Abang nak mudahkan urusan, kau patut bersyukur.

“Hari ini kalau tak ada transfer (pindah) RM10,000, dia sendiri suruh up (dedahkan) hari tu. Okay abang buat. Korang nak tahu siapa? Tunggu!

“Abang pun bukan rapat ngan dia. Kami jumpa pun masa show (persembahan) Unisel. Tak sangka beb. Perwatakan baik, mesra. Pergh, lu memang padu arr,” katanya.

Nampaknya, memang berbaloi usaha Man Raja Lawak mengggunakan media sosial untuk menagih hutangnya itu. Apa pun, kita tunggulah apa jadi tengah malam ini, agak-agak artis itu bayar lagi tak separuh duitnya? – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

PAS extends Christmas greetings, calls for unity in diversity

Takiyuddin Hassan says values of love, forgiveness and humility transcend faiths as Malaysia champions harmony

Related