HEADLINES

Janji nak bayar 22 Oktober tapi… Man Raja Lawak terpaksa tagih hutang RM10,000 dari rakan artis guna IG

Rakan artisnya memaklumkan mahu membayar hutang tersebut pada 22 Oktober lalu tetapi janji hanya tinggal janji

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hajat hatinya ingin meminjamkan wang untuk membantu rakan artis yang mungkin mengalami kesulitan, tetapi sebaliknya berlaku.

Niat baik Man Raja Lawak itu akhirnya ‘memakan diri’ apabila dia terpaksa menagih hutang RM10,000 daripada seorang rakan artis menggunakan media sosial.

Walhal, artis tersebut memaklumkan dia ingin membayar hutang tersebut pada 22 Oktober lalu tetapi janji hanya tinggal janji.

Kesal dengan janji yang tidak ditunaikan itu, Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim mendedahkan perbuatan artis tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Abang cuma nak beritahu artis yang kata nak bayar hutang abang pada 22 haribulan (Oktober), jangan sampai abang hilang sabar. Itu je. Abang nak mudahkan urusan, kau patut bersyukur.

“Hari ini kalau tak ada transfer (pindah) RM10,000, dia sendiri suruh up (dedahkan) hari  tu. Okay abang buat. Korang nak tahu siapa? Tunggu!

“Abang pun bukan rapat ngan dia. Kami jumpa pun masa show (persembahan) Unisel. Tak sangka beb. Perwatakan baik, mesra. Pergh, lu memang padu arr.

“Dari abang nak halalkan RM10,000 supaya hidup abang tenang. Baik abang bagi kat tabung Palestin. Abang harap kau tenang sekarang,” katanya.

Rata-rata pengikut di media sosialnya meminta Man Raja Lawak mendedahkan nama artis tersebut.

Ada juga yang meminta supaya dia berbincang secara baik dengan artis berkenaan demi menjaga aibnya.

Namun tidak kurang juga yang memuji tindakan Man Raja Lawak kerana baik hati meminjamkan wang kepada rakan artis yang tidak begitu rapat dengannya.

Agak-agaknya, siapalah artis yang liat nak bayar hutang Man Raja Lawak tu ya? Jangan macam tu. Dah berhutang, kenalah bayar. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related