◉ HEADLINES

Selepas 32 tahun, impian Exists bikin gabungan konsert dengan 30 pemuzik orkestra tercapai

Konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas 32 tahun mengukuhkan kerjaya seni mereka sebagai band muzik rakaman profesional, Exists akhirnya mengukir sejarah apabila mereka bakal mengadakan konsert dengan gabungan 30 pemuzik orkestra dalam Konsert Exists X Orkestra.

Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

Exists yang dianggotai Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka.

“Selama ini kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua,” kata Exists – Gambar ihsan penganjur, 15 September, 2023

“Bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian mereka pasti mahu melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

“Kami fikir sudah banyak persembahan kami buat, daripada skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.

“Selama ini kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua. Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini.

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” kata Along.

Dua vokalis Exists, Ezad dan Mamat – Gambar ihsan penganjur, 15 September, 2023

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Exists memang dilihat cukup aktif mengadakan konsert di dalam dan di luar negara khususnya di Singapura dan Indonesia. Bahkan, mereka juga turut mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Menerusi konsert Konsert Exists X Orkestra, Exists bakal membawakan himpunan lagu-lagu ikonik dan popular mereka dengan iringan 30 pemuzik orkestra yang terdiri daripada pemain strings, perkusi dan horns.

Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.MyTicket.Asia. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Immigration clearance at KLIA meets 25-minute target most of the time: home minister

When there are delays, they are due to changes to flight schedules causing simultaneous arrivals

◉ Related