HEADLINES

Terpukau mata bila Jovian Mandagie berbasikal di kawasan pergunungan yang indah dan menakjubkan di Passo Gardena, Itali

“Sella Ronda, senarai wajib untuk penunggang basikal, pendakian yang menyakitkan dengan pemandangan indah yang tidak akan anda lupakan, “ kata Jovian

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkemuka Malaysia, Jovian Mandagie memang dikenali sebagai seorang yang cukup bekerja keras dalam usaha menaikkan dan mengembangkan jenama rumah fesyennya yang telah pun dibangunkannya sejak 2006.

Namun, pada masa yang sama, Jovian yang juga abang ipar kepada penyanyi dan pelakon Dafi ini nampaknya tidak lupa untuk mencuri waktu untuk berehat seketika daripada memikirkan soal kerja. Antara aktivitinya yang dilakukannya adalah berbasikal.

Antara bentuk riadah yang cukup diminati Jovian adalah sukan berbasikal dan kali ini pergunungan Dolomites di Passo Gardena menjadi destinasinya. – Gambar Instagram Jovian Mandagie, 15 September, 2023

Menariknya, Jovian telah berbasikal bersama beberapa rakannya di kawasan pergunungan Dolomites di Passo Gardena yang terletak di South Tyrol di Timur Laut, Itali dan ia bersempadan dengan negara Jerman.

Melihat gambar-gambar yang dikongsi Jovian melalui Instagram miliknya, pemandangan di kawasan pergunungan tersebut memang cukup indah dan menakjubkan, luas saujana mata memandang.

“Sella Ronda, senarai wajib untuk penunggang basikal, pendakian yang menyakitkan dengan pemandangan indah yang tidak akan anda lupakan, “ tulisnya.

Bahkan, Jovian turut berkongsi klip video tentang pendakian berbasilkan di kawasan pergunungan tersebut.

“Beberapa klip dari hari pertama saya di Dolomites ; Laluan Sella Ronda. Sekiranya anda tidak berbasikal, tempat ini juga merupakan tempat yang bagus untuk bermain ski dan mendaki! Siapa hantu bukit pun boleh lari trail,” katanya.

Passo Gardena atau Gardena Pass terletak pada ketinggian 2,136 meter di atas paras lauat dan laluan itu menghubungnan Selva di Val Gardena di sebelah barat dengan Corvara di Val Badia.

Jalannya terdiri daripada sebahagian Sella Ring yang cukup terkenal di mana ia menghubungkan empat laluan iaitu Gardena, Sella, Pordoi dan Campolongo.

Percutian Jovian kali ini lebih bermakna apabila ia turut disertai rakan-rakan karibnya. – Gambar Instagram Jovian Mandagie, 15 September, 2023

Laluan ini menjadi sibuk dengan pelancong, penunggang motosikal, penunggang basikal dan penggemar hiking semasa musim panas ini.

Nampaknya, perkongsian Jovian ini mampu mencetuskan idea kepada kaki basikal, kaki motor atau kaki hiking untuk menjadikan Passo Gardena sebagai antara destinasi wajib pergi! – 15 September, 2023

Topics

 

Popular

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related