Fasha Sandha semakin panas, tak kisah andai babak ranjang bersama Afieq Shazwan dalam drama Rampas Cintaku 2 tular

Menurutnya, setiap babak yang dilakonkan pasti ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fasha Sandha tidak kisah andai babak ranjang bersama Afieq Shazwan dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2 menjadi tular di media sosial.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, setiap babak yang dilakonkan pasti ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan.

“Jika babak itu tular, saya anggap ia satu publisiti untuk drama ini. Saya tak boleh nak halang. Sekarang ini zaman ‘viral’. Mungkin mereka tertarik dengan babak itu, sedangkan ada banyak lagi babak lebih menarik dalam drama ini.

“Sudah tentu akan ada penonton yang menerima secara positif dan negatif. Pada saya terpulang kepada mereka untuk memilih positif atau negatif. Paling penting saya nak drama ini hit dan mencetuskan fenomena sekali lagi.

“Tetapi tugas saya sebagai pelakon adalah untuk melunaskan apa yang terkandung di dalam skrip dan menyampaikan mesej yang ingin disampaikan,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Rampas Cintaku 2.

Kongsi Fasha, babak ranjang dilakonkan bersama Afieq Shazwan hanya dilakukan sekali.

Bercerita lebih lanjut mengenai drama tersebut, kata Fasha dia harus menguruskan badannya untuk membawakan watak Datin Safieya bagi musim kedua.

“Sejujurnya saya tak sangka drama ini akan mencetuskan fenomena sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta.

“Tetapi sebelum drama ini meletup lagi, penerbit iaitu Datin Jane beritahu saya, seandainya ada musim kedua, dia mahu saya kuruskan badan.

“Dia beri satu syarat yang diletakkan dalam kontrak saya perlu kurus.

“Pada mulanya saya terasa juga. Rasa seperti kena ‘body shaming’. Adakah saya tak kelihatan menarik dengan tubuh berisi. Tetapi saya ambil perkara ini sebagai satu cabaran untuk jadi lebih baik, sihat dan cantik,” katanya.

Selain Fasha dan Afieq, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Zamarul Hisham, Erra Fazira, Keith Foo, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Rampas Cintaku 2 akan mula disiarkan di platform penstriman Iqiyi Malaysia bermula 19 Januari 2024. – 13 Januari, 2024

Topics

Popular

Speedy Tigers need performance/technical director to reach their peak after finishing fourth: Sarjit

National team fell 3-2 to New Zealand at today’s third-and-fourth place classification match

Not boycotting Bersatu in Kuala Kubu Baharu, PAS busy with Raya event in Perlis: Tuan Ibrahim

KUALA KUBU BAHARU – PAS has denied allegations that the party is boycotting Perikatan Nasional’s (PN) candidate from Bersatu after its leaders were noticeably absent on the nomination day today. Speaking to Scoop,...

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related