◉ HEADLINES

Aman Palestin Kelantan kutip RM500,000 untuk sumbangan kepada rakyat Palestin

Pengurus Cawangan Aman Palestin Kelantan berkata sumbangan itu jelas menunjukkan keprihatinan rakyat Kelantan yang bersolidariti demi kemanusiaan

3:37 PM MYT

 

KOTA BHARU – Aman Palestin Kelantan berjaya mengutip sumbangan RM500,000 setakat ini bagi membantu rakyat Palestin yang semakin terhimpit kehidupan mereka akibat kekejaman rejim Zionis.

Pengurus Cawangan Aman Palestin Kelantan Mohd Salmi Mohamed berkata sumbangan itu jelas menunjukkan keprihatinan rakyat Kelantan yang bersolidariti demi kemanusiaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM3,811 daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang diserahkan oleh Timbalan Pengarah Veterinar Kelantan (Pengurusan) Mohd Ridzuan Sulaiman, di sini hari ini.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan tunai kepada rakyat Palestin dengan menyalurkannya terus kepada Aman Palestin menerusi pelbagai cara sama ada secara tunai, secara perbankan dalam talian, atau sistem kod respon pantas (QR). – 1 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

◉ Related