HEADLINES

Margaret gembira Angeline peluk Islam, harap jalani kehidupan saudara baharu dengan baik

Pelakon veteran berusia 80 tahun itu memeluk Islam pada Februari 2022 selepas anak lelakinya terlebih dahulu berbuat demikian

8:31 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelakon veteran, Margaret Gan yang juga seorang mualaf meluahkan kegembiraannya apabila seorang lagi pelakon berbangsa Cina, Angeline Tan memeluk Islam.

Menurut Margaret, dia berharap agar Angeline atau nama Islamnya, Ardini dapat menjalani kehidupan mengikut cara Islam dengan baik.

“Saya gembira mendengar berita dia sudah memeluk agama Islam. Sebagai anak seni, kita mungkin sudah terbiasa dengan perangai ‘gila-gila’.

“Saya doakan agar dia dapat ikut cara hidup Islam yang sebenar,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada artis veteran di sini, semalam.  

Ditanya sama ada Angeline pernah menghubunginya, Margaret berkata, mereka sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain.

“Mungkin nombor telefon saya sudah hilang. Saya pun dah tak ada nombor telefonnya kerana sudah tukar telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu kariernya, aktres berusia 80 tahun itu memberitahu dia sudah lama tidak berlakon sejak sebelum memeluk Islam lagi.

“Perkembangan seni saya sunyi sepi sahaja. Ada tawaran yang datang selepas saya memeluk Islam dan berhijab. Tetapi, skrip tidak sesuai dengan penampilan saya.

“Mereka mahu saya lakonkan watak perempuan Cina. Mana ada perempuan Cina pakai tudung. Saya ada juga beri cadangan supaya mereka ubah skrip, jadikan watak saya sebagai mualaf.

“Tetapi selepas itu mereka senyap sahaja. Saya pun tak adalah bertanya lagi. Lagipun saya faham, takkanlah kita suka-suka nak tukar skrip,” katanya.

Margaret memeluk Islam pada Februari 2022 selepas anak lelakinya terlebih dahulu berbuat demikian.

“Anak saya tak pernah tanya saya sama ada saya ingin memeluk Islam ataupun tidak. Tetapi saya sendiri yang nak memeluk Islam.

“Saya terfikir di usia begini, saya mahu mudahkan urusan anak saya andai saya meninggal kelak,” katanya. – 1 November, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related