◉ HEADLINES

Selepas Malaysia, seruan boikot Konsert Bruno Mars turut bergema di Indonesia

Netizen Indonesia menyifatkan menonton Konsert Bruno Mars sama dengan bentuk menormalisasi hubungan dengan Israel

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas beberapa pihak di Malaysia menggesa konsert Bruno Mars diboikot kerana didakwa pro Zionis, seruan sama turut kedengaran di Indonesia di mana penyanyi kelahiran Hawaii itu dijangka membuat persembahan di sana pada September ini.

Seruan boikot itu dizahirkan oleh netizen di media sosial.

Malah ada yang menulis di dalam Instagram penyanyi itu supaya tidak membuat persembahan di Indonesia pada 13 dan 14 September ini di Jakarta International Stadium (JIS), Jakarta.

Rata-rata netizen Indonesia menzahirkan sokongan kepada Palestin dan meminta Bruno membatalkan konsertnya di negara itu.

Mereka menyifatkan menonton Konsert Bruno Mars sama dengan bentuk menormalisasi hubungan dengan Israel dan beranggapan peminat yang menghadirinya secara tidak langsung menyokong perbuatan kejam Israel ke atas rakyat Palestin.

Gesaan itu semakin kuat selepas tular di media sosial mengenai konsertnya di Tel Aviv pada 4 Oktober lalu, di mana Bruno Mars menyatakan ‘cintanya’ kepada Israel.

‘Tel Aviv’ turut dilaungkan oleh penyanyi itu di hadapan lebih 60,000 peminatnya di Yarkon Park dalam persembahan kali pertama di Israel itu.

Tiga hari selepas itu, Israel menyerang Gaza dan sehingga kini angka korban itu meningkat kepada 40,000 orang dengan sebahagian besar yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Bagaimanapun seperti di Malaysia, netizen di Indonesia juga berbalah mengenai kehadiran Bruno Mars.

Bagi netizen yang menyokong Bruno Mars pula meminta supaya boikot ke atas Zionis tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana artis yang membuat konsert di mana-mana negara.

Semalam, Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia menggesa kerajaan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijadualkan pada 17 September ini di Stadium Bukit Jalil kerana didakwa menyokong Zionis.

Setiausaha BDS, Farwina Faroque berkata pertubuhan itu tidak mengalu-alukan kehadiran penyanyi terbabit susulan sokongannya kepada Israel.

Malah sehingga kini, kata Farwina, artis terbabit tidak pernah mengecam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Apabila dia tidak menyatakan kecaman ke atas pembunuhan itu, ia boleh dianggap bahawa dia tidak peduli dan lebih buruk, menyokongnya,’’ katanya.

Bruno Mars dijadual menjayakan konsert di Taiwan pada 8 September, diikuti Indonesia selama dua hari pada 13 dan 14 September dan Malaysia pada 17 September.

Kali terakhir penyanyi kelahiran Hawaii, Amerika Syarikat (AS) itu beraksi di sini adalah enam tahun lalu menerusi konsert jelajah Bruno Mars 24K Magic pada 11 April 2018. – 27 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related