HEADLINES

Yusuf Bahrin minta izin isteri lakon babak kutip sabun dalam penjara

Biarpun melakonkan babak itu, Yusuf menetapkan syarat agar auratnya tidak dipaparkan dalam The Lord Musang King

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Yusuf Baharin yang bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul The Lord Musang King, mengakui ada meminta izin isterinya, Zizi Kirana terlebih dahulu untuk melakonkan babak mengutip sabun dalam penjara.

Dalam babak berkenaan, Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 31, perlu membuka baju kerana melakonkan babak mandi di dalam bilik air.

Namun kata Yusuf, biarpun melakonkan babak tersebut, dia menetapkan syarat agar auratnya tidak dipaparkan.

Yusuf ada menjelaskan mengenai babak tersebut kepada isterinya Zizi Kirana (gambar) malah turut bimbang untuk melakonkan babak berkenaan, kerana risau dihentam netizen. – Gambar Instagram, 20 Disember, 2023

“Saya beritahu kepada penerbit dan pelakon filem ini iaitu Eddie Chow yang saya tak boleh tonjolkan antara bahagian pusat dan lutut saya untuk babak berkenaan. Alhamdulillah dia okay dan terangkan kepada pengarah yang berasal dari Korea dan mereka okay.

“Sebelum melakonkan babak berkenaan, saya ada beritahu isteri saya terlebih dahulu bahawa filem ini ada babak mandi. Saya terangkan kepadanya kalau babak mandi mesti kena buka baju. Dan ada babak sabun jatuh, kalau kena kutip mesti akan nampak beberapa bahagian tubuh saya.

“Tetapi saya berjanji dengannya, tiada bahagian yang tidak sepatutnya akan dipaparkan. Dia faham walaupun pada mulanya dia risau,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem The Lord Musang King.

Jelas Yusuf lagi, dia turut risau untuk melakonkan babak berkenaan, kerana bimbang dihentam netizen.

“Kalau saya tersilap buat, habislah kena hentam dengan netizen nanti. Kata pergi kelas agama, tetapi kenapa nak kena tunjuk pusat dan badan.

“Dalam filem ini, saya ‘belanja’ bahagian dada sahaja. Adalah nampak dua ketul ‘pack’. Dah penat-penat saya buat badan. Saya turunkan berat badan untuk melakonkan watak dalam filem ini.

“Saya dah persiapkan diri saya untuk terima sebarang kritikan. Saya tak cakap apa yang saya buat itu betul atau salah. Tetapi saya ambil langkah berani dan bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau salah, betulkan saya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam filem itu, Yusuf berkata, dia teruja kerana ia adalah filem pertama lakonannya.

“Filem ini adalah usahasama Malaysia dan Korea. Saya tak sangka saya terpilih menjadi watak utama walaupun wajah saya tak ‘jambu’ macam pelakon Korea.

“Tetapi pengarah filem ini iaitu Lee Moon Ho kata dia pilih saya kerana saya belum pernah berlakon filem. Agak mencabar juga sebenarnya bila berlakon dengan pengarah dari Korea kerana kekangan bahasa.

“Kadang-kadang, arahan yang diterjemah tidak tepat membuatkan kami terpaksa ulang banyak kali. Kami cuma ada 21 hari sahaja tempoh untuk jalani penggambaran. Agak penat juga kerana dari pagi sampai ke pagi, kami berada di set penggambaran,” katanya.

Selain Yusuf, filem tersebut turut dibintangi oleh Eddie Chow, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri dan dua pelakon Korea iaitu Kwak Dong Hyuk dan Kim Bo Yeon.

The Lord Musang King yang diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production serta diedarkan oleh Metrowealth akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula esok. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related