HEADLINES

‘Nama kau Nur, Muhammad bukan Kim atau Park’ – Imran Bard selar drama adaptasi Korea papar babak bercium

Menurut Imran, Malaysia mempunyai banyak lagi cerita yang bagus untuk diadaptasi seperti kisah dongeng dan sejarah, bukannya mengambil budaya luar

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial popular, Imran Bard menyelar drama Malaysia yang diadaptasi dari Korea kerana perbezaan budaya.

Menurut Imran, Malaysia mempunyai budaya sendiri dan punya penulis-penulis yang bagus untuk mencipta karya sendiri.

“Aku tak kisah kalau nak adaptasi novel, cerita-cerita zaman dulu, kisah dongeng atau sejarah. Kita ada sejarah yang hebat. Kenapa perlu sia-siakan? Kenapa perlu adaptasi drama luar?

“Pertama sekali, budaya mereka dan kita sangat berbeza. Bila kau buat drama adaptasi dan tiru ‘sebiji-sebiji’, dia macam apa benda ni? Lebih mengecewakan bila anda mempromosikan budaya luar berbanding budaya sendiri. Sangat mengecewakan dan tak boleh diterima akal.

“Orang cium kau nak cium. Kau kena ingat, nama kau tu Nur, Muhammad. Kau bukan Kim bukan Park, bukan Barbie dan bukan Ken. Kau Melayu,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial.

@busrahamani

Bukan setakat budaya tapi agama yaa…Agree with you 💯✅. Kau tu Nur & Muhamad bukannya Kim & Park, Ken atau Barbie🤣. Well said imran. #imranbard #wtwoworlds #syurgaitubukanmudah #dramamalaysia

♬ original sound – Busni – BusrahAmani

Tambahnya, di Malaysia kita mempunyai budaya tersendiri dalam menjalin hubungan percintaan.

“Kita ada cara percintaan kita sendiri. Mula-mula bercinta, lepas tu merisik kemudian bertunang dan seterusnya berkahwin. Barulah boleh dapat anak. Itu budaya kita. Kita tak ada ‘first love’, tak ada ‘first kiss’,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial babak bercium berlapik yang membabitkan aktres Daiyan Trisha bersama Hun Haqeem dalam drama adaptasi Korea, W: Two Worlds.

Babak itu mengundang kecaman ramai kerana dikatakan tidak sensitif dengan budaya masyarakat di Malaysia. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related