HEADLINES

‘Let the drama begin’, Zarina Anjoulie kata duit ‘Papa’ untuk dia seorang sahaja

Zarina turut memberikan amaran kepada wanita lain supaya menjauhi teman lelakinya

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik fotonya bersama bekas tunang yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Alzey atau nama manjanya, ‘Papa’.

“Let the drama begin. Pada perempuan lain yang acah-acah tak nak lelaki kaya korang boleh dah kot stop nak minta duit kat boyfriend saya ya.

“Jadi sebelum aku screenshot dan post satu persatu minah yang berangan nak jadi datin ni baik korang sedar diri dan berhenti la nak menggatal dengan dia. Duit dia untuk aku seorang sahaja okay,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Turut kelihatan dalam foto berkenaan ialah anak lelaki Zarina, Martin. Melihatkan lokasi dalam foto berkenaan, mereka bertiga berada di sebuah restoran.

Zarina dan bekas tunangnya yang merupakan seorang duda telah mengambil keputusan untuk berpisah pada Februari tahun ini selepas melalui pelbagai episod kontroversi dalam hubungan mereka.

Di bahagian komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi yang berbeza mengenai foto terbaharu ini. Ada yang menjangkakan akan ada drama baharu yang akan terjadi, malah ada yang mendoakan agar hubungan mereka kembali terjalin dan berakhir di jinjang pelamin.

Terdahulu, beberapa hari lepas Zarina telah memuat naik sebuah video memberi bayangan dia mungkin akan kembali bersama bekas tunangnya.

“Kalau ada jodoh, adalah, kalau tak ada, tak adalah. Adakah dia adalah jejaka yang tepat? Saya tak tahu. Jodoh di tangan Allah.

“Kalau ada yang cakap saya nak kembali bersama datuk kerana dia ‘poket tebal’, saya tak nafikan perkara itu. Saya tak mahu keluar dengan lelaki miskin.

“Sudah cukup saya menanggung biawak hidup sebelum ini. Saya suka bila lelaki beri saya hadiah. Jangan beritahu saya anda tak suka bila lelaki belikan hadiah. Tolonglah kepada perempuan di luar sana, jangan jadi hipokrit. Siapa saja yang tak nak lelaki kaya?” katanya. – 4 September, 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related