HEADLINES

‘Sudah cukup’, gara-gara dikecam bersikap neutral terhadap konflik di Gaza, Selena Gomez mahu…

Jika Selena benar-benar memadam akaunnya, ia bukan tindakan memeranjatkan kerana sebelum ini, dia pernah mengundurkan diri daripada platform terbabit

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Selena Gomez bakal meninggalkan akaun Instagram sekali lagi, seperti dimaklumkannya menerusi IG Story, semalam.

Menerusi hantaran dikongsikannya kepada 430 juta pengikut Instagramnya di seluruh dunia, Selena memberitahu tindakan itu kerana dia tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Gaza ketika ini.

“Saya sedang berehat dan memadam Instagram saya. Sudah cukup. Saya tidak menyokong apa-apa yang berlaku,” tulisnya.

Biarpun sudah memadam hantaran IG Story dimuat naik itu, akaun Instagramnya dilihat masih aktif sehingga ke saat ini.

Hantaran itu dibuat beberapa hari selepas dia menggunakan platform media sosial sama untuk bersuara mengenai konflik Gaza.

“Saya sudah berehat dari media sosial kerana hati saya hancur melihat semua kengerian, kebencian dan keganasan yang berlaku di dunia.

“Ramai diseksa dan dibunuh, apa saja tindakan membenci mana-mana kumpulan adalah mengerikan. Kita perlu melindungi semua orang, terutama kanak-kanak dan menghentikan keganasan untuk kebaikan.

“Saya minta maaf jika hashtag (tanda pagar) atau kata-kata saya tidak akan pernah cukup untuk semua orang. Saya tidak dapat menahan hati apabila orang tidak bersalah tercedera. Itu membuatkan saya rasa sakit. Saya harap saya dapat mengubah dunia. Sayang, Selena,” tulisnya pada 30 Oktober lalu.

Susulan daripada hantaran itu, bintang Only Murders in the Building berkenaan menerima kecaman hebat daripada pengikutnya.

Hantaran berikut dimuat naik di Instagram Story Selena Gomez pada 30 Oktober lalu, beberapa hari selepas dia menggunakan platform media sosial sama untuk bersuara mengenai konflik Gaza – Tangkapan layar, 3 November, 2023

Apatah, bila dia memberikan tanda suka terhadap hantaran pro Israel yang dibuat ahli komedi, Amy Schumer.

“Selena Gomez adalah orang ketiga paling banyak diikuti di Instagram dengan memiliki hampir setengah billion pengikut.

“Sesuatu hantaran akan dapat membuat perubahan. Inilah sebabnya saya marah apabila selebriti membuat kenyataan ‘neutral’. Mereka melakukannya hanya kerana reputasi mereka. Bukan kerana benar-benar mengambil berat,” kata seorang pengguna media sosial.

Jika Selena benar-benar memadam akaunnya, ia bukan tindakan memeranjatkan kerana sebelum ini, dia pernah mengundurkan diri daripada platform terbabit.

Dalam temu bual pada 2019, Selena cuba menjelaskan pendiriannya di dalam media sosial.

“Dunia kita sedang melalui banyak perkara. Untuk generasi saya, khususnya, media sosial cukup mengerikan,” katanya. – 3 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related