HEADLINES

Malaysia antara negara terawal dilulus Mesir untuk hantar bantuan ke Palestin

Anwar berkata, Malaysia akan terus berperanan salur bantuan berkenaan, terutama makanan dan perubatan

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia menjadi antara negara terawal diberi kelulusan oleh Mesir bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestin menerusi Sempadan Rafah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus berperanan dalam memberi bantuan kemanusiaan, terutama membabitkan keperluan makanan dan perubatan.

“Kerja saya, bercakap dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, percepatkan (bantuan).

“Alhamdulillah, Malaysia antara negara paling cepat dapat kelulusan (pendaratan) pesawat dan ke sempadan Rafah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX2023) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Sabtu lalu pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan dari Malaysia, selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir.

Pesawat disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, tiba di Mesir kira-kira 8.50 pagi (12.50 tengah hari waktu Malaysia).

Bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi dan makanan itu, diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak tidak mengambil kesempatan konflik Israel dan Palestin untuk kepentingan politik.

“Saya tidak fikir wajar untuk politikkan, cerca, maki hamun, (kerana ada) orang mati, kawasan rumah hancur .

“Tak usahlah jadi isu politik, nak cari kepentingan politik. Sebab itu saya kata jangan sekali-kali cuba membina mahligai atas pusara. (Ini) jadi peringatan kepada semua,” katanya.

Tambah Anwar, beliau berharap perkara itu difahami walaupun tindakan terbabit mungkin dilakukan hanya sebilangan kecil pihak.

“Mungkin ada segelintir kecil, tapi orang yang kerjanya sangat-sangat menyesatkan dari segi perkembangan politik.

“Orang meninggal dan kita lihat sangat prihatin tapi masih ada orang yang dia tak buat kerja apa, kutip derma pun tiada, simpati pun tiada, kerjanya begitu saja,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related