HEADLINES

Pengusaha bas sekolah boleh mohon LPS, tukar jadi bas ekspres pada musim cuti

Pengusaha bas sekolah boleh memohon LPS untuk menukar bas sekolah kepada bas ekspres ketika musim cuti sekolah November dan Disember

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengusaha bas sekolah dibenarkan membuat perkhidmatan bas lain seperti bas ekspres dan lain-lain mengikut permintaan setempat menggunakan kenderaan sedia ada dengan memohon Lesen Perubahan Sementara (LPS).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia bagi membolehkan golongan pengusaha bas sekolah tidak terbeban dengan kos dan keperluan semasa.

Pada masa sama, katanya, langkah itu juga membolehkan pengusaha menawarkan perkhidmatan bas walaupun pada musim cuti sekolah.

Anthony Loke berkata, ia bagi membolehkan golongan pengusaha bas sekolah tidak terbeban dengan kos dan keperluan semasa. – Alif Omar/Scoop, 7 November, 2023

“Kerajaan memahami sepenuhnya kebimbangan dan kepentingan golongan pengusaha bas sekolah dalam aspek kebajikan mereka.

“Untuk makluman, kerajaan turut memperuntukkan subsidi diesel yang turut dinikmati oleh pengusaha bas sekolah. Harga diesel bersubsidi semasa ditetapkan pada RM2.15 sen berbanding harga pasaran RM3.75 sen seliter,’’ katanya.

Anthony berkata demikian dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Anak Mongin yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang membantu golongan pengusaha bas sekolah dengan kadar subsidi diesel baru dan bantuan musim cuti sekolah.

Ini kerana, kata Willie biasanya dalam bulan November dan Disember, pengusaha bas sekolah tidak mempunyai pendapatan.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pengusaha juga dibenarkan untuk menentukan kadar tambang yang bersesuaian dengan kos dan keperluan semasa. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related