LKAN 2022: Program tanaman padi tidak memuaskan, pengeluaran padi tak capai sasaran

Pencapaian pengeluaran padi bagi 2021 adalah yang terendah iaitu sebanyak 2.43 juta mt atau 81.5% berbanding sasaran 2.98 juta mt

10:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati pencapaian program penanaman padi tidak memuaskan dengan pengeluaran padi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tempoh 2019 hingga 2022.

Menurut laporan, peratus pencapaian pengeluaran padi berbanding sasaran adalah antara 81.5% hingga 87.1%.

Pengeluaran padi bagi 2019 sebanyak 2.49 metrik tan (mt) (87.1%) berbanding sasaran 2.86 mt, 2.42 mt (83.2%) pada 2020 berbanding sasaran 2.91 mt manakala penghasilan 2.48 tan (81.6%) pada 2022 berbanding sasaran 3.04 mt.

“Pencapaian pengeluaran padi bagi 2021 adalah yang terendah iaitu sebanyak 2.43 juta mt atau 81.5% berbanding sasaran 2.98 juta mt.

“Ketidakcapaian sasaran pengeluaran padi antaranya disebabkan oleh serangan penyakit dan perosak serta kesan fenomena alam seperti banjir dan tanah jerlus,” kata laporan yang dikeluarkan hari ini.

Semakan Audit juga mendapati empat program yang dilaksanakan oleh KPKM bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. – Alif Omar/Scoop, 22 November, 2023

Selain itu, menurut LKAN 2022, pandemik Covid-19 telah menjejaskan prestasi banyak sektor termasuk sektor pertanian juga memberi kesan kepada pengeluaran padi pada 2020 dan 2021. 

“Semakan Audit juga mendapati empat program yang dilaksanakan oleh KPKM bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

LKAN 2022 juga mendapati pencapaian keberhasilan bagi pengeluaran beras dan tahap sara diri (SSL) beras tidak mencapai sasaran ditetapkan.

“Pencapaian pengeluaran beras adalah 1.68 juta mt (87.5%) berbanding sasaran 1.92 juta mt pada 2021 dan 1.70 juta mt (86.7%) berbanding sasaran 1.96 juta mt pada 2022. 

“Semakan Audit selanjutnya mendapati walaupun pengeluaran beras negara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, namun pengeluaran beras menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh 2019 hingga 2022. 

“Pada 2019, pengeluaran beras adalah sebanyak 1.60 juta mt, meningkat kepada 1.66 juta mt pada 2020 dan 1.68 juta mt pada 2021. Pada 2022, pengeluaran beras dianggarkan meningkat kepada 1.70 mt iaitu peningkatan sebanyak 0.02 juta mt (1.2%).

“Perubahan peratus penukaran padi kepada beras bagi kawasan jelapang di Semenanjung daripada 65% pada 2019 kepada 70% pada 2020 telah menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran beras walaupun pengeluaran padi menunjukkan trend penurunan,” kata laporan itu.

Selain itu, pencapaian SSL bagi 2019 hanya 63% berbanding sasaran 70% dan menurun kepada 59.4% pada  2020. 

“Pencapaian SSL meningkat kepada 65% pada 2021 tetapi masih tidak mencapai sasaran 73.4%. Seterusnya SSL pada  2022 dijangkakan menurun kepada 62.6% berbanding sasaran 73.8%. 

“Ketidakcapaian sasaran ini adalah rentetan daripada pengeluaran padi yang tidak mencapai sasaran yang seterusnya memberi kesan kepada pengeluaran beras negara,” katanya.

Bagi mengatasi kelemahan dibangkitkan, pihak Audit mengesyorkan KPKM mengambil tindakan antaranya mewujudkan pangkalan data bersepadu dan menyeluruh.

“Meliputi maklumat berkaitan pesawah, pihak yang terlibat dalam rantaian pengeluaran padi seperti pengilang, pemborong dan peruncit, keluasan kawasan penanaman padi, hasil pengeluaran padi dan beras, pendapatan pesawah serta maklumat lain yang berkaitan. 

“Mengkaji semula setiap kontrak yang terlibat di dalam industri padi dan beras supaya ia bersifat melindungi serta tidak merugikan pihak kerajaan. 

“Mengadakan libat urus dengan kerajaan negeri bagi memastikan kawasan penanaman yang diwartakan mencukupi untuk menghasilkan pengeluaran padi dan beras yang dapat memenuhi keperluan negara dan seterusnya mencapai sasaran SSL yang ditetapkan,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related