◉ HEADLINES

Guan Eng nafi spekulasi tidak hadir rai kemenangan PH-BN

Beliau tidak dapat hadir kerana perlu berada di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Masyarakat Penyayang

3:11 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP Lim Guan Eng menafikan spekulasi tentang ketidakhadiran beliau di Pusat Penjumlahan Undi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sini semalam, mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Lim menjelaskan beliau tidak dapat hadir kerana perlu berada di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Masyarakat Penyayang bagi sama-sama mendengar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang ditandinginya. 

“Jangan buat spekulasi, saya pergi tempat kira undi dan saya tidak sempat (ke St Giles Wembley), banyak program jadi saya perlu berulang-alik,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berjaya mempertahankan DUN Air Putih yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.

Beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Kong Cheng Ann yang meraih 1,073 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia Teh Yee Cheu yang memperoleh 437 undi, pada pertandingan tiga penjuru itu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa hubungan Lim dan Chow dingin susulan isu-isu berkaitan PRN termasuk pemilihan Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Lim menjelaskan kehadiran ayahnya Tan Sri Lim Kit Siang ke Pusat Penjumlahan Undi PH-BN adalah sebagai tanda sokongan kepada calon dan parti.

Terdahulu, Chow, 65, yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara di sini pagi tadi.

Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota akan mengetuai Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN pada PRN semalam. -13 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related