HEADLINES

Kertas siasatan kes gaduh pengawal keselamatan, rider selesai

Kertas siasatan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam bagi tindakan susulan

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan antara pengawal keselamatan dengan seorang penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah diserahkan semalam kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Seramai 23 saksi termasuk penghantar barang dan pengawal keselamatan terlibat sudah dipanggil bagi dirakam keterangan,” katanya pada sidang media selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, video pergaduhan antara dua individu berkenaan tular melalui media sosial dan siasatan polis mendapati ia berlaku pada jam 3.20 petang, 2 November lalu berpunca daripada salah faham.

Mengenai majlis berkenaan, Allaudeen berkata, sejumlah 87 individu menerima pingat berkenaan sebagai mengenang jasa mereka yang berkhidmat semasa tempoh darurat dan era pemberontakan komunis dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1948 hingga Oktober 1990.

Beliau berkata, kesemua mereka terdiri daripada 17 pegawai rendah polis Kuala Lumpur dan 70 pesara. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related