HEADLINES

AS sambung semula visa pelajar asing, tapi mahu akses akaun media sosial

Jabatan Negara berkata, keengganan berbuat demikian boleh menunjukkan bahawa mereka cuba mengelak daripada arahan itu atau menyembunyikan aktiviti dalam talian mereka

11:47 AM MYT

 

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memulakan kembali proses permohonan visa pelajar warga asing yang digantung dengan syarat pemohon dikehendaki membuka kunci akaun media sosial mereka untuk semakan kerajaan.

Jabatan itu berkata semalam, pegawai konsular akan memantau sebarang hantaran dan mesej yang boleh dianggap memusuhi AS, kerajaan, budaya, institusi atau prinsip pengasasnya.

Dalam kenyataan itu, jabatan berkenaan berkata ia telah membatalkan penggantungan pemprosesan visa pelajar pada Mei lalu namun pemohon baharu yang enggan menetapkan akaun media sosial mereka kepada “umum” mungkin akan ditolak.

Katanya keengganan berbuat demikian boleh menunjukkan bahawa mereka cuba mengelak daripada arahan itu atau menyembunyikan aktiviti dalam talian mereka.

Pentadbiran Trump bulan lalu menghentikan sementara penjadualan temu duga visa baharu untuk pelajar asing yang berharap untuk belajar di AS sementara bersiap-sedia untuk memperluas tahap saringan aktiviti mereka di media sosial, kata pegawai, menurut agensi berita.

Pelajar di seluruh dunia dikatakan gelisah menanti AS membuka semula konsulatnya untuk tujuan penetapan janji temu dan temu duga visa, memandangkan semester pengajian yang semakin hampir dan urusan pengangkutan serta penginapan masih belum diselesaikan.

Semalam, seorang penuntut Ph.D berusia 27 tahun dari Toronto berjaya mendapatkan temu janji untuk temu duga visa AS minggu depan.

Pelajar warga China itu, berharap untuk dapat ke AS bagi meneruskan pengajian sebagai pelatih penyelidikan yang akan bermula pada akhir Julai.

“Saya benar-benar lega,” kata pelajar itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, kerana bimbang menjadi sasaran.

Media sebelum ini melaporkan pelajar dari China, India, Mexico dan Filipina berkongsi hantaran di media sosial mengenai kekerapan mereka memantau laman web tempahan visa dan taklimat akhbar Jabatan Negara bagi mendapatkan sebarang petunjuk bilakah proses itu mungkin disambung semula. – 19 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related