HEADLINES

Tia Jinbara meninggal dunia

Khabar duka itu disahkan isterinya, Suzan Ahmad

10:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan meninggal dunia akibat barah hati pada jam 9.12 malam tadi di Hospital Shah Alam (HSA), Selangor.

Berita duka itu dimaklumkan isteri yang juga pengurusnya, Suzan Ahmad.

“Assalamualaikum. Tia sudah tiada,” katanya melalui pesanan ringkas kepada Scoop.

Terdahulu, Tia menerima rawatan di HSA sejak Rabu minggu lalu, selepas dibawa isterinya kerana mengalami sakit perut.

Media melaporkan, Tia memerlukan RM250,000 yang sedang disumbangkan banyak pihak bagi membolehkannya melakukan pembedahan, dengan Suzan bersedia mendermakan hatinya.

Dia menyertai Jinbara pada tahun 2007 dan popular dengan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang dan Patri.

Pada 2017, Tia menyertai program hiburan popular, Gegar Vaganza musim keempat.

Tia berkahwin dengan Suzan yang juga Sub Editor Kanan, portal Scoop pada 2009 tetapi tidak dikurniakan anak.

Namun, dia membesarkan tiga anak tirinya, Ahmad Naqiuddin, 22, Qystina Nayli, 20 dan Ahmad Nifail, 17. – 8 November, 2023

Laporan tambahan daripada wartawan Scoop, Helmi Anuar

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related