HEADLINES

Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu

Bayi tersebut diserahkan ibunya untuk dijaga suspek pada jam 4 petang, Selasa lalu

11:22 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan maut dipercayai didera rakan lelaki ibunya dalam kejadian di sekitar daerah Besut, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek pada Selasa lepas untuk dijaga pada jam 4 petang.

“Mangsa kemudian dihantar semula kepada ibunya pada 7.30 pagi semalam bagaimanapun dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kampung Raja, Besut dan hasil bedah siasat awal di Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapati terdapat kebocoran pada usus kecil mangsa yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kebocoran itu masih belum dikenal pasti sama ada ia disebabkan oleh trauma atau jangkitan kuman dan sampel sudah dihantar ke makmal bagi tujuan pengesahan.

“Sehubungan itu, polis menahan ibu mangsa yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan akan direman hari ini.

“Polis kini sedang memburu suspek lelaki berkenaan yang masih bebas,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Rozak turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau mengetahui keberadaan suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Faiz Che Mamat di talian 014-6329916 atau ibu pejabat polis daerah Besut di talian 09-6956222. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related