◉ HEADLINES

IWK dijangka tidak perlukan subsidi kerajaan mulai tahun hadapan – Nik Nazmi

IWK juga menjalankan perniagaan bukan terasnya sendiri seperti program sekular ekonomi, kitar semula bio pepejal dan sewaaan aset pembentungan kepada pihak ketiga

9:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata selain itu IWK juga menjalankan perniagaan bukan terasnya sendiri seperti program sekular ekonomi, kitar semula bio pepejal dan sewaaan aset pembentungan kepada pihak ketiga.

“Pada tahun ini peruntukan kepada IWK ialah RM90 juta, namun setakat ini IWK mampu beroperasi dengan baik dengan menggunakan RM60 juta sahaja daripada peruntukan tersebut. 

“Mesyuarat jemaah menteri kerajaan sebelum ini iaitu pada 20 April 2022 telah bersetuju dengan pelarasan tarif yang mula dilaksanakan Januari 2023, maka kita menjangkakan bahawa bermula 2024 IWK tidak perlu lagi subsidi dari pihak kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementerian akan membuat pindaan fasa pertama kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) melibatkan beberapa seksyen spesifik bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan.

Beliau berkata pindaan itu termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.

“Ia akan naik daripada RM10,000 kepada RM10 juta dan hukuman penjara daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan juga akan diteruskan dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 16 November ini. 

Persidangan bersambung Selasa. – 9 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related