◉ HEADLINES

NeHDA bimbang ‘pemandu bayangan’ tidak sah daftar e-hailing untuk pengecualian had siling RON95

NeHDA mencadangkan hanya pemandu aktif dengan rekod perjalanan sah dan pengesahan platform layak menerima kelonggaran subsidi

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemandu eHailing Utara (NeHDA) bimbang kewujudan ‘pemandu bayangan’ yang tidak aktif dan tidak sah menyalahguna serta memanupulasi pendaftaran e-hailing semata-mata untuk mendapat pengecualian had siling petrol RON95.

Dalam kenyataannya, NeHDA berkata, ‘pemandu bayangan’ itu hanya didaftarkan untuk tujuan subsidi dan ia akan mengganggu ekosistem e-hailing yang sedia tertekan akibat lambakan pemandu dan tambang rendah.

“Risiko ketirisan subsidi juga boleh berlaku sedangkan ia sepatutnya disalurkan kepada pemandu yang beroperasi sepenuh masa.

“Justeru NeHDA memandang serius persoalan mekanisme pelaksanaan subsidi tanpa had kepada pemandu e-hailing,’’ katanya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.

Bagi bukan warganegara pula, harga RON 95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Menerusi Budi95, rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan namun bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Dalam pada itu, NeHDA mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisma pengesahan yang telus dan ketat melibatkan platform e-hailing berdaftar dan persatuan pemandu.

Jelasnya, hanya pemandu aktif dengan rekod perjalanan sah dan pengesahan platform layak menerima kelonggaran subsidi.

“Wujudkan sistem audit berkala dan pangkalan data bersepadu untuk mengelakkan penyalahgunaan dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak,’’ katanya.

NeHDA berkata, ia komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam memastikan pelaksanaan subsidi ini berjalan lancar, adil serta berkesan.

“Kami percaya bahawa subsidi yang adil bukan sahaja membantu pemandu, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan sistem pengangkutan alternatif negara,’’ katanya. – 24 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related