◉ HEADLINES

Bajet Selangor: Program Tuisyen Rakyat Selangor diperluas kepada pelajar Tingkatan 4 tahun depan

Program Tuisyen Rakyat Selangor memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

5:20 PM MYT

 

SHAH ALAM – Selain pelajar Tingkatan Lima, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Empat bermula tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia bagi memenuhi sasaran 200,000 pelajar dalam tempoh lima tahun seperti yang terkandung dalam Tawaran Kita Selangor Kerajaan Perpaduan.

“Ini sekali gus akan menggandakan jumlah keseluruhan pelajar terlibat dalam program itu kepada hampir 120,000 pelajar di seluruh Selangor.

“Justeru, kerajaan negeri akan memberi tambahan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai peruntukan PTRS bagi 2024 dan menjadikan jumlah keseluruhan program PTRS 2024 sebanyak RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, PTRS memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, PTRS merupakan bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar yang memperoleh keputusan sederhana atau lemah dalam pelajaran, khususnya untuk mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Pada 2023, MBI dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana PTRS. Program ini khusus bagi pelajar Tingkatan 5 yang berjumlah 65,000 di seluruh Selangor.

“Kesemua pelajar ini menerima modul bagi enam mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.

“Sebanyak 277 sekolah terlibat termasuk Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). Sejumlah 1,956 guru dan penyelaras turut terlibat dengan kos sebanyak RM7 juta bagi 2023,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related