HEADLINES

Zizan Nin tak kisah andai filem pertama arahannya ‘Sazali, Meor, Coco’ dikecam netizen

Filem 'Sazali, Meor, Coco' menampilkan pelakon-pelakon baharu sebagai watak utama

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Zizan Nin bersikap terbuka dan tidak kisah andai filem pertama arahannya iaitu Sazali, Meor Coco: #Tetiber U-Tuber mendapat kritikan serta kecaman netizen.

Menurut Zizan atau nama lengkapnya Azizan Nin, 50, setiap kerja kreatif pasti akan mempunyai penerimaan dan pendapat yang berbeza.

“Saya okey sahaja jika ada yang nak kritik dan kecam. Filem merupakan satu karya kreatif. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.

“Saya pun meletakkan diri saya sebagai netizen juga. Kalau ada apa-apa yang saya tak puas hati, kadang-kadang bahasa saya pedas juga di platform X.

“Tetapi kalau yang komen itu merasakan diri dia lebih arif daripada kita, silakan buat filem. Kalau komen yang berlebihan saya rasa saya tak perlu layan.

“Kadang-kadang yang komen ini bukan dia keluarkan duit untuk pergi menonton pun. Mereka sekadar komen sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sazali, Meor, Coco.

Menampilkan muka-muka baharu sebagai pelakon utama iaitu Iman Zulkarnain, Shah Radhy dan Syazani Zikry, kata Zizan dia mahu memberi peluang kepada pelakon-pelakon baharu selain bersesuaian dengan jalan cerita.

“Filem ini menceritakan tentang tiga pemuda yang baru nak bermula dalam dunia mencipta kandungan. Bila letak muka baharu, penonton akan lebih ‘relate’ dengan jalan cerita. Kalau saya ambil pelakon yang sudah popular, mungkin kurang sampai ‘feel’ penceritaan filem ini.

“Ketiga-tiga mereka dipilih melalui proses uji bakat. Saya mahukan pelakon yang bukan sahaja boleh berlakon tetapi juga boleh memberikan komitmen sepenuhnya untuk filem ini,” jelasnya.

Zizan Nin berkata, setiap kerja kreatif pasti akan mempunyai penerimaan dan pendapat yang berbeza, maka dia tidak kisah jika filem pertamanya dikritik atau dikecam – Helmi Anuar/Scoop, 11 November, 2023

Ditanya tentang sasaran kutipan untuk filem ini, kata Zizan dia tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi.

“Kalau box-office, itu bagus. Tetapi apa yang penting saya harap mesej yang cuba untuk disampaikan melalui filem ini sampai kepada penonton bukan sekadar menonton untuk hiburan semata-mata,” ujarnya.

Diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd dan diedarkan oleh Metrowealth, filem Sazali, Meor, Coco: #Tetiber U-Tuber akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 November ini. – 11 November, 2023

Topics

 

Popular

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related