HEADLINES

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki

Jantina anak kedua Ayda dan Nabil Mahir ini telah didedahkan menerusi muzik video terbaru nyanyian Ayda berjudul Be Mine

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat yang kini sedang hamil kali kedua bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi. 

Majlis ‘gender reveal’ telah diadakan pada Sabtu sempena pelancaran muzik video terbarunya yang berjudul ‘Be Mine’

Menariknya, jantina anak kedua mereka didedahkan menerusi video muzik berkenaan. 

https://www.instagram.com/reel/CxiS1_NvUSy/?igshid=NjIwNzIyMDk2Mg==

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 31, dia dan suami iaitu Nabil Mahir tidak mengetahui tentang jantina anak kedua mereka sehinggalah semalam. Hanya pengarah muzik video berkenaan yang tahu.

Ayda dan Nabil bersama anak mereka, Ana Nayla. – Gambar Instagram Ayda, 24 September, 2023

“Kami telah lakukan penggambaran sebanyak dua kali. Satu untuk anak lelaki dan satu lagi anak perempuan. Hanya pada majlis pelancaran muzik video ini baru kami tahu jantina sebenar anak kedua kami,” dedah Ayda di Instagram.

Sebelum ini Ayda dan Nabil telah memiliki  seorang cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun. Tahniah diucapkan kepada Ayda dan Nabil. – 24 September 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related