HEADLINES

Malaysia-Iran sedia teroka peluang kerjasama baharu, mainkan peranan besar dalam dunia Islam: PM

Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Iran telah menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi selain meneroka peluang kerjasama baharu.

Perkara berkenaan dinyatakan dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Islam Iran Seyyed Ebrahim Raisi di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Anwar berkata, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2% dari tahun 2021), dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran pada 2022.

Beliau turut memaklumkan, dalam pertemuan itu, presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam. 

“Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.

“Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama,’’ katanya menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini.

Mengulas mengenai isu Palestin, Anwar berkata, kedua-dua negara sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin dihentikan segera. 

“Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta. 

“Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat,’’ kata beliau. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related