◉ HEADLINES

Bekas ketua Hakim, Tun Abdul Hamid nafi sertai Dialog Pulangkan Najib, malam ini

Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan poster terbabit adalah satu pembohongan yang tidak bertanggungjawab: Tun Hamid

2:24 PM MYT

 

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau menjadi salah seorang speaker dalam program ‘Dialog Pulangkan Najib’ di Dataran Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka, malam ini.

Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menyebarkan poster terbabit adalah satu pembohongan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya merujuk kepada poster iklan yang disiarkan, saya nafikan poster iklan itu sekeras-kerasnya. Saya tidak tahu menahu mengenai dialog itu, saya tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai seorang speaker atau dalam apa kapasiti sekalipun.

“Saya menuntut pihak-pihak berkenaan menarik balik poster iklan itu dan meminta maaf kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Poster Hamid itu telah dimuatkan dalam akaun Facebook Najib Razak, pada dua hari lepas.

Ia merupakan acara Dialog Pulangkan Najib yang dijadualkan di Dataran Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka mulai 8.30 malam ini.

Selain Hamid, speaker lain ialah peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (mantan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara), anak Najib iaitu Nooryana Najwa serta aktivis mahasiswa Malaysia, Farhan Khairudin. – 12 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related