HEADLINES

Man On The Run: Kerajaan belum buat sebarang keputusan, kes masih berjalan di mahkamah

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pihaknya tidak boleh membuat keputusan dalam tempoh terdekat

4:46 PM MYT

 


PETALING JAYA – Kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menurunkan tayangan dokumentari Man On The Run yang disiarkan platform penstriman Netflix.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.

“Saya akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebelum kita boleh buat pengumuman lanjut.

“Saya kena berbincang dan perlu meneliti sebab perkara ini ditimbulkan dalam mahkamah jadi ada beberapa perkara perlukan penelitian terutama aspek perundangan.

“Ada beberapa pandangan awal disampaikan yang saya rasa perlu diberikan pertimbangan tetapi kita kena pastikan ia berlandaskan undang-undang,” katanya kepada media pada majlis pelancaran pameran seni seramik Raaquu by Adil Ghani di Zhan Art Space, Jaya One di sini hari ini.

Terdahulu peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan telah menghantar surat kepada Fahmi, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Pengawal Selia MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin berhubung permohonan penarikan tayangan dokumentari arahan Cassius Michael Kim itu.

Shafee berkata ini kerana pihak yang diwawancara dalam dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu menyatakan pelbagai perkara terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Malah, katanya pernyataan terhadap anak guamnya itu belum dan tidak pernah dibuktikan sama ada keterangan dokumentari atau lisan saksi yang dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan permohonan Najib supaya filem dokumentari Man On The Run dikeluarkan daripada saluran penstriman Netflix, kepada Kementerian Komunikasi.

Beliau berkata, perkara itu akan diteliti dan dipertimbang oleh kementerian itu.

Dokumentari mengenai 1MDB yang memberi penerangan tentang dakwaan bekas Perdana Menteri itu mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) ditayangkan pada 5 Januari dan ia disenaraikan carta ‘Top 10’ tontonan di Netflix. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related