◉ HEADLINES

Nahas bas Gerik: Pemandu bas direman selepas keluar hospital

Ketua Polis Perak berkata, lelaki berusia 40 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami dalam nahas berkenaan

10:48 AM MYT

 

IPOH – Pemandu bas dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan direman sebaik sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 40 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami dalam nahas berkenaan.

“Ketika ini, pemandu bas terbabit masih dirawat. Siasatan lanjut hanya akan dilakukan sebaik beliau dibenarkan keluar hospital,” katanya ketika dihubungi pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Noor Hisam memberitahu dalam sidang media, polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung nahas itu.

Noor Hisam berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan melibatkan pelbagai aspek termasuk dakwaan bas terbabit dipandu laju.

Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Nahas itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna MPV jenis Perodua Alza.

Difahamkan empat sekeluarga yang menaiki MPV terbabit terselamat dengan mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Baling, Kedah. – 10 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related