HEADLINES

Masalah negara bukan sebab tiada bakat, tapi gaji rendah dan terlalu bergantung pekerja asing’ – Timbalan Menteri MITI

Sebagai contoh gaji penengah dalam sektor pembuatan adalah hanya RM2,205 pada 2022 dan ia adalah kadar yang lebih rendah daripada gaji penengah am negara

9:10 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai ramai pekerja berkemahiran tinggi namun disebabkan perbezaan gaji, ramai memilih untuk bekerja di negara luar termasuk Singapura.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, sebagai contoh gaji penengah (median salary) dalam sektor pembuatan adalah hanya RM2,205 pada 2022 dan ia adalah kadar yang lebih rendah daripada gaji penengah am negara.

“Kerana itu menerusi Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP 2030), kita menyasarkan peningkatan gaji penengah bagi sektor pembuatan kepada RM4,510 menjelang 2030.

“Masalah pokok bukan masalah negara tidak ada bakat tapi masalah persepsi majikan dan rangkaian industri yang terlalu bergantung kepada pekerja asing dan berkemahiran,’’ katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa Miti di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, peningkatan gaji penengah itu disasar disumbang oleh penglibatan sektor pembuatan dalam aktiviti nilai tambah tinggi, peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Ekonomi Madani dan NIMP 2030 selari dalam fokusnya untuk memperbaiki kehidupan dan pewujudan peluang pekerjaan ekonomi lebih tinggi,” katanya.

Menjawab berkenaan keadaan eksport negara, Chin Tong tidak menafikan wujud keadaan kemerosotan pada sektor eksport.

“Memang ada keadaan kemerosotan eksport. Tapi saya nak bagi contoh, kemerosotan harga komoditi memainkan peranan lebih besar terhadap prestasi perdagangan berbanding faktor kuantiti yang dibekalkan dalam pasaran.

“Sebagai contoh minyak sawit, jumlah nilai eksport berkurang 31.84% kerana harga komoditi telah menurun, tetapi kuantiti eksport minyak sawit hanya berkurang 3%. Jadi jangan kita hanya ambil perhatian terhadap angka tetapi tidak memahami keadaan sebenar,’’ katanya. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related