◉ HEADLINES

Penganjur konsert Coldplay di Malaysia keluar notis amaran, ‘jaga perangai, elak sentuh isu sensitif’

Amaran itu bagi memastikan konsert terbabit berlangsung aman, tidak mencetuskan ketidakselesaan dan membolehkan penonton berhibur dengan persembahan

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjur konsert Coldplay: Music Of The Spheres, Live Nation Malaysia mengingatkan penonton acara itu supaya tidak mencetuskan masalah dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

Peringatan itu dikeluarkan di platform media sosial rasmi Live Nation sempena konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jali, Rabu depan.

“Sila ambil perhatian mengenai budaya dan sensitiviti tempatan di Malaysia, elakkan daripada memaparkan prop atau barang yang menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain. Mari kekalkan tumpuan pada muzik dan keseronokan bersama pada malam itu nanti,” kata kenyataan tersebut.

Penganjur juga menyenaraikan barang larangan sepanjang konsert di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu – Gambar Live Nation, 16 November, 2023

Live Nation juga menasihati orang ramai supaya tidak menunggu artis itu di dalam dan luar lokasi konsert kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada pihak terbabit, malah boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.

“Artis, penganjur dan penyedia lokasi tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau insiden.

“Sekiranya terjadi sebarang kejadian buruk, individu yang terbabit tidak akan dibenarkan masuk ke dalam stadium dan akan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Coldplay akan membuat persembahan di konsert pertama mereka di Malaysia pada 22 November ini.

Tiket konsert itu yang dijual pada Mei lalu, habis dijual dalam masa kurang dari empat jam. – 16 November 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related