HEADLINES

Majikan perlu bayar RM610 untuk perbaharui permit PDA Indonesia

Majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.

9:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Majikan perlu membayar RM610 sebagai kos pembaharuan permit pekerja domestik asing (PDA) Indonesia seperti ditetapkan oleh Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kos tersebut meliputi bayaran levi sebanyak RM410, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) RM60, pemprosesan (RM125) dan visa (RM15).

Katanya, kos tersebut tidak termasuk kos pemeriksaan kesihatan PDA (Fomema) yang dibuat pada setiap tahun pertama, kedua, ketiga dan setiap dua tahun berikutnya dengan tidak melebihi RM200.

“Pembaharuan pasport yang tamat tempoh juga mempunyai bayarannya yang ditentukan kedutaan negara asal PDA masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.

Menurut Sivakumar permohonan pembaharuan permit boleh dibuat oleh majikan atau melantik Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), dan senarai APS boleh disemak di laman sesawang JTKSM.

Pada masa ini, katanya, pengurusan penggajian PDA bagi warga Indonesia adalah disyaratkan dibuat menerusi APS yang berdaftar dengan JTKSM.

Mana-mana kos tambahan oleh APS tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak, manakala proses pembaharuan permit PDA selain daripada PDA warga Indonesia boleh dibuat sendiri oleh majikan secara dalam talian menerusi portal e-PLKS@JIM, katanya. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related