Penumpang terkilan MYAirline tak beri notis awal, ‘sebelum itu 9 jam dalam pesawat tapi…’

Ada penumpang tidak menyangka masalah itu akan berlaku memandangkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan MYAirline sebelum ini

9:07 PM MYT

 

SEPANG – Sangat kecewa! Itu respons penumpang syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) susulan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini disebabkan kekangan kewangan.

Syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline mengumumkan penggantungan operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T2). – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 12 Oktober, 2023

Salah seorang penumpang terjejas, Nadia Nasir, 21, yang juga pelajar jurusan perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, hasratnya untuk segera pulang ke kampus di Kubang Kerian, Kelantan terbantut kerana notis mengejut itu.

Lebih menyedihkan, sebelum itu dia terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan berita penggantungan operasi syarikat penerbangan berkenaan.

“Saya sangat kecewa sebab tadi baharu ‘touch down’ (mendarat) selepas sembilan jam perjalanan dari Jeddah sebab saya ada seminggu program kursus di Arab Saudi.

“Sepatutnya flight (pesawat) saya pukul 7 malam ini tapi ditunda ke pukul 9 malam sebelum tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita ini.

“Jadi, saya tak tahu malam ini nak tidur di mana? Mungkin tumpang sebentar di rumah kawan sebab penerbangan ke Kota Bharu dah tiada hari ini,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) di sini, hari ini.

Pasangan suami isteri Syafiqah Sofian dan Shahideen Shahrizan cukup terkilan apabila syarikat penerbangan tersebut tidak memberikan notis awal. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 12 Oktober, 2023

Pasangan suami isteri Syafiqah Sofian, 29, dan Shahideen Shahrizan, 30, pula menzahirkan perasaan terkilan apabila syarikat penerbangan tersebut tidak memberikan notis awal sehingga ramai penumpang tertanya-tanya mengenai penerbangan mereka.

“Saya sangat kecewa sebab sepatutnya MyAirline beri notis awal sekurang-kurangnya sebulan, jadi kita bolehlah cari tiket lain.

“Kalau on the spot (segera) nak beli mesti harga dah naik.. at least (sekurang-kurangnya) bagi emel,” kata mereka yang terpaksa membeli tiket baharu bagi destinasi ke Kota Kinabalu, Sabah bertarikh 2 November nanti.

Pernah beberapa kali menggunakan perkhidmatan MYAirline, pasangan itu juga tidak menyangka masalah itu akan berlaku memandangkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan MYAirline sebelum ini.

“MYAirline ini sebenarnya pesaing kepada AirAsia, (bagi saya) mereka lebih baik sebenarnya daripada segi perkhidmatan dan keselesaan,” katanya.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Wan Anizsharbani Wan Azmawi, 31, dan Norliza Ramlan, 31, berkata, mereka merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan di Pulau Langkawi, Kedah tetapi terpaksa melupakan hasrat itu gara-gara penggantungan operasi syarikat penerbangan itu.

“Sepatutnya kami akan terbang untuk bercuti dengan anak-anak ke Langkawi pada tengah hari esok.

“Datang ke sini untuk beli tiket baharu sebab AirAsia bagi 50 peratus diskaun tiket. Tapi bila saya check (semak) macam lebih mahal.

“Jadi, kami tak teruskan percutian ini dan akan cari tarikh baharu pada 2 hingga 4 November depan bagi mengantikan percutian tersebut,” katanya.

Pasangan suami isteri, Wan Anizsharbani Wan Azmawi dan Norliza Ramlan berkata, mereka merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan di Pulau Langkawi, Kedah tetapi terpaksa melupakan hasrat itu. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 12 Oktober, 2023

Terdahulu, MYAirline memaklumkan tidak dapat menawarkan bantuan segera kepada penumpang yang terjejas disebabkan kekangan kewangan.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

Sebelum ini, media melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi menyelesaikan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Perkara itu susulan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo yang berkuat kuasa 7 Oktober 2023 atas sebab kesihatan. – 12 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related