◉ HEADLINES

Jangan ingat dia pakai kopiah, jangan ingat atas nama Islam, dia boleh fitnah sesuka hati: Amirudin

"Kalau menang saman ini Insya Allah satu sen pun tak ambik, saya nak pulangkan kembali kepada rakyat,'' : Sanusi

11:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Jangan ingat dia pakai kopiah, jangan ingat di atas nama Islam, dia boleh guna dan memfitnah sesuka hati,” demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada ceramah umum ‘Grand Finale’ DUN Sungai Tua, malam ini.

Menurut berkata demikian ketika mengulas mengenai saman ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas lanjut, Amirudin memaklumkan beliau telah menghantar surat tuntutan maaf kepada Sanusi dan akan meneruskan proses saman demi menjaga maruah.

“Hari ni 7.30 malam kena ada tuntutan maaf daripada seorang yang saya buat tuntutan. Dia tak buat tuntutan maaf. Alhamdulillah saya akan teruskan proses saman demi jaga maruah.

“Kalau menang saman ini Insya Allah satu sen pun tak ambik, saya nak pulangkan kembali kepada rakyat untuk bina kemudahan rakyat,’’ katanya.

Pada Ogos 2, Sanusi mendakwa bahawa Selangor Incorporated telah menjual 55% pegangan unit milik penuhnya kepada sebuah perniagaan, yang didedahkan sebagai Berjaya Land Bhd.

Selepas itu, Amirudin mengeluarkan surat tuntutan kepada Sanusi berhubung dakwaan dibuatnya bahawa kerajaan Selangor telah memberikan sebidang tanah milik kerajaan kepada sebuah syarikat swasta secara percuma. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related