HEADLINES

JKM dalam proses penelitian ahli keluarga layak jaga adik Zayn Rayyan

Mahkamah akan menentukan pada 9 Ogos nanti sama ada adik kepada Zayn Rayyan akan diserahkan kepada ahli keluarga yang layak atau terus dijaga JKM Selangor

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor giat menjalankan proses penelitian dan pengumpulan maklumat ahli keluarga yang layak dan sesuai menjaga adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini berada di bawah penjagaan agensi itu.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, proses tersebut sudah berjalan bagi menentukan kesesuaian penjaga yang layak mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan.

“JKM Selangor akan meneliti waris-waris yang ada, untuk kita lihat siapa yang layak dan sesuai jaga dia. Pihak JKM yang akan mencari dan berhubung dengan waris nanti.

“Perkara ini masih lagi dalam proses pengumpulan maklumat dan saya tak boleh mendahului menteri (untuk memberikan sebarang kenyataan),” katanya hari ini.

Azmir berkata, mahkamah yang akan menentukan pada 9 Ogos nanti sama ada adik kepada Zayn Rayyan akan diserahkan kepada ahli keluarga yang layak atau terus dijaga JKM Selangor berdasarkan kepada hasil dapatan pengumpulan maklumat tersebut.

Terdahulu, JKM mendapat Perintah Jagaan Sementara mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-Kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam pada 14 Jun lalu.

Kanak-kanak itu akan ditempatkan di institusi kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan ‘orang yang layak dan sesuai’ lengkap.

Pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 29 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas anak sulung mereka, Zayn Rayyan, tahun lalu.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama pada Khamis.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum dia ditemukan mati dibunuh pada keesokan harinya di kawasan anak sungai, 200 meter dari rumahnya. – 18 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related