◉ HEADLINES

Zaim, Ismanira tidak mengaku bersalah abai Zayn Rayyan

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dituduh bersama-sama mengabaikan Zayn Rayyan, kanak-kanak di bawah jagaan mereka

10:42 AM MYT

 

PETALING JAYA — Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka, yang masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim
Syahliza Warnoh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Ku Hayati turut mencadangkan mahkamah mempertimbangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 masing-masing kepada tertuduh.

Fahmi bagaimanapun merayu mahkamah mempertimbangkan ikat jamin sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya.

“Kematian Zayn Rayyan telah mengubah hidup Zaim, 180 darjah,’’ kata Fahmi.

Sementara peguam Ismanira, Mahmud Jumaat turut meminta mahkamah mempertimbangkan ikat jamin berjumlah RM5,000 iaitu masing-masing RM2,500 untuk Zaim dan isterinya.

Menurut kedua-dua peguam itu, Zaim dan Ismanira mengalami depresi yang ekstrem susulan kematian Zayn Rayyan.

Sementara itu Mahmud juga memohon jaminan rendah kerana Ismanira tidak bekerja dan dia mengalami kemurungan sangat teruk selain sedang mendapatkan rawatan untuk seorang lagi anaknya yang mengalami ‘speech delay’ dan autism teruk. 

Ku Hayati bagaimanapun mempertahankan ikat jamin yang diadangkan, memandangkan ia merupakan jumlah yang sesuai, berdasarkan kesalahan.

Mahkamah mengarahkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000, dengan syarat perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada 1 haribulan setiap bulan, selain tidak mengganggu saksi pendakwa raya.

Fahmi kemudiannya meminta mahkamah mengarahkan perintah ‘gag’ (perintah larangan bersuara) kepada khayalak umum, untuk menghalang mana-mana pihak daripada membuat komen yang mungkin subjudis.

Dalam pada itu, pendakwa raya turut meminta mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh untuk tidak membuat sebarang komen berhubung kes ini.

Mahkamah membenarkan perintah gag untuk pihak-pihak yang berkaitan dengan kes itu. Kes akan disebut semula pada 26 Julai ini. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related