HEADLINES

JKM pantau perkembangan, keadaan adik Zayn Rayyan: Nancy

Beliau berkata nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan kesejahteraan untuk semua terutama kanak-kanak sentiasa diutamakan, dan semua prosedur yang dijalankan adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu

7:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau perkembangan dan keadaan adik kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini di bawah jagaan nenek saudaranya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata tindakan dilaksanakan JKM adalah selaras dengan peruntukan undang-undang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan, dan pihaknya sentiasa komited menjaga kebajikan dan melindungi hak kanak-kanak.

Beliau berkata nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan kesejahteraan untuk semua terutama kanak-kanak sentiasa diutamakan, dan semua prosedur yang dijalankan adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu semata-semata.

“JKM akan terus memantau perkembangan dan keadaan kanak-kanak terbabit selama tempoh interim dua bulan ini dengan kerjasama Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) (iaitu nenek saudaranya) yang telah diamanahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu masyarakat diminta melaporkan sebarang kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dengan menelefon Talian Kasih 15999 atau menghantar pesanan WhatsApp ke nombor 019-261 5999, atau terus hubungi polis.

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan hak penjagaan sementara adik kepada kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada nenek saudaranya, selama dua bulan bermula hari ini.

JKM sebelum ini memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap kanak-kanak itu yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

JKM mengemukakan permohonan perintah jagaan terhadap adik kepada  Allahyarham Zayn Rayyan berikutan ibu dan bapa mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related