HEADLINES

Polis kesan kemunculan skim penipuan pelaburan ‘Petronas Chemical’, janji untung hingga ratusan ribu

Setakat ini, polis menerima laporan daripada seorang mangsa yang kerugian ribuan ringgit selepas terjerat skim aktif di Telegram dan Facebook itu

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan menggunakan nama ‘Petronas Chemicals Group’ yang kini ditawarkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan polis mendapati skim yang aktif di Telegram dan Facebook itu, menawarkan keuntungan tinggi hanya dalam tempoh tiga jam selepas pelaburan dibuat.

“Empat pakej pelaburan ditawarkan iaitu Pakej Basic yang memerlukan individu membayar deposit RM550 hingga RM2,000 dan keuntungan RM15,000 hingga RM60,000, selain Pakej Silver (deposit RM3,000 hingga RM5000 dan keuntungan RM90,000 hingga RM150,000).

“Selain itu, Pakej Gold (deposit RM7,000 hingga RM9,000 dan keuntungan RM210,000 hingga RM270,000) serta Pakej VVIP (deposit RM10,000 dan keuntungan RM300,000,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, sindiket itu turut menggunakan logo Petronas Chemicals Group dipercayai untuk mengelirukan mangsa.

“Setakat ini, satu laporan polis diterima daripada mangsa skim membabitkan nilai kerugian RM1,500.

“Kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ramli berkata, PDRM tidak menolak kemungkinan ramai individu menjadi mangsa kepada skim penipuan itu.

Justeru, katanya, mangsa skim itu dinasihatkan membuat laporan polis di balai polis berhampiran agar siasatan lanjut dapat dilakukan bagi membantu usaha membanteras kegiatan penipuan pelaburan terbabit.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan lebih terperinci, sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi, seperti portal semakmule CCID, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (melalui platform investment checker), sebelum membuat keputusan menyertai skim pelaburan,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related