◉ HEADLINES

‘Jangan takut’ kajian pelaksanaan pilihan raya PBT dijalankan UIA, bukan DAP: Hannah Yeoh

Yeoh berkata pihaknya masih menunggu dapatan kajian tersebut

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kajian proses pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di ibu kota bukan dibuat oleh DAP sebaliknya dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Menurut Yeoh, penyelidikan berkenaan dijalankan oleh sebuah universiti yang mempunyai reputasi dan beliau yakin penyelidikannya berkualiti tinggi.

“Jangan takut. Kajian ini dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), iaitu sebuah universiti yang bereputasi. Jadi kajian ini bukan dijalankan oleh orang DAP.

“Ini adalah Universiti Islam Antarabangsa yang saya yakin kajian mereka berkualiti,” katanya selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Yeoh memberitahu, pihaknya masih belum mempunyai keputusan mengenai kajian tersebut dan masih menunggu hasilnya.

“Selepas kita dengar kajian, boleh buat, tak boleh buat, baru kita akan sediakan kertas Kabinet untuk maklumkan kepada Kbinet sama ada Jabatan Wilayah Persekutuan nak pinda akta atau tidak pinda akta.

“Namun buat masa ini masih awal untuk komen,” katanya.

Kajian berkenaan telah dijalankan sejak Disember lalu selepas Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada November 2025 untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi melaksanakan reformasi tadbir urus Kuala Lumpur.

Bagaimanapun cadangan untuk mengadakan pilihan raya PBT itu termasuk pemilihan Datuk Bandar mendapat tentangan daripada Umno dan PAS.

Antara yang membantah ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang membangkitkan kebimbangan mengenai risiko pengaruh kartel dan ‘gengster’ sekiranya pilihan raya untuk jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur diadakan.

Sementara Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pula berikrar untuk menggagalkan cadangan tersebut dengan menyifatkan konsep pilihan raya datuk bandar mesti ditolak sebagaimana cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebelum ini. – 3 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related