HEADLINES

26 maut dalam serangan terbaharu Israel di Khan Younis

Beberapa orang awam turut terbunuh dan cedera dalam serangan udara terbaharu di kem pelarian Jabalia di utara Gaza

4:06 PM MYT

 

GAZA – Sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, awal hari ini.

Pesawat Israel menyerang bangunan kediaman di Pekan Hamad, barat laut Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menggorbankan 26 nyawa termasuk beberapa kanak-kanak, dan mencederakan puluhan lagi mangsa.

Beberapa orang awam turut terbunuh dan cedera dalam serangan udara terbaharu di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Satu lagi serangan Israel menyasarkan sebuah rumah di timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Menurut angka terkini dikeluarkan pihak berkuasa Palestin, lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh, dengan sebilangan besarnya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 30,000 lagi cedera.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja, musnah dalam serangan dilancarkan rejim Zionis.

Dalam pada itu, sumber perubatan memberitahu Al Jazeera bahawa tentera Israel memberi tempoh kepada semua yang berada di Hospital Al-Shifa termasuk doktor dan pesakit untuk meninggalkan kawasan itu dalam tempoh sejam melalui ‘sea street’.

Menurutnya, adalah mustahil untuk memindahkan semua individu di kawasan itu dalam masa ditetapkan kerana mereka tidak mempunyai ambulans bagi membawa pesakit dan bayi pramatang ke selatan. – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related