◉ HEADLINES

Kertas siasatan babitkan Jasmine Loo sudah diserah kepada AGC

Saya katakan dulu lagi jerat tak lupakan pelanduk, PDRM akan teruskan siasatan untuk dapatkan balik harta rakyat dan kerajaan: Razarudin

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan lengkap membabitkan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo, sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu berkata, keputusan lanjut untuk pertuduhan akan dibuat pihak berkenaan.

“Pihak kita masih lagi berusaha mendapatkan harta daripada 1MDB berjumlah RM93.2 juta yang mana ada di Singapura dua bangunan, di Amerika Syarikat ada sembilan lukisan dan ada juga akaun-akaun di Amerika Syarikat yang kita perlu dapatkan kembali aset daripada Jasmine.

“Kita sedang berusaha dapatkan balik harta ini daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Saya katakan dulu lagi jerat tak lupakan pelanduk, PDRM akan teruskan siasatan untuk dapatkan balik harta rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menyita dan merampas sebahagian aset hasil penyelewengan 1MDB yang didaftarkan atas nama Jasmine Loo.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aset itu merangkumi hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 2013. 

Jasmine Loo yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ditahan polis pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related