◉ HEADLINES

Kerajaan kecam sekeras-kerasnya individu muat naik hantaran pijak al-Quran: Fahmi

Fahmi telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya insiden melibatkan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads menggunakan nama akaun ryandaselva.

Menurut Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, perbuatan tersebut merupakan tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada masa sama, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.

Terdahulu, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah ditahan polis hari ini selepas disyaki disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelajar terbabit hari ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghina agama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sejak semalam tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA di media sosial.

Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW. – 25 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

◉ Related