HEADLINES

Pelepasan cukai RM9,000 tak lagi realistik, Guan Eng gesa semakan segera

Bekas Menteri Kewangan cadang kerajaan menaikkan RM1,000 setahun hingga mencapai RM12,000 pada 2028

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menggesa kerajaan segera menyemak semula pelepasan cukai pendapatan individu yang kekal pada kadar RM9,000 sejak 15 tahun lalu, meskipun kos sara hidup melonjak akibat inflasi berterusan.

Menurut Guan Eng, kadar semasa sudah tidak lagi mencerminkan realiti ekonomi rakyat. Berdasarkan kadar inflasi sepanjang tempoh itu, pelepasan sepatutnya berada sekitar RM12,000.

“Dengan inflasi terus meningkat, ramai orang merasakan ini masanya pelepasan cukai pendapatan individu disemak semula, dan saya setuju dengannya,” katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng yang juga Penasihat DAP mengingatkan bahawa menaikkan pelepasan sebanyak RM3,000 sekaligus akan memberi tekanan besar kepada hasil cukai negara.

Sebagai jalan tengah, beliau mencadangkan pendekatan berperingkat – dengan kenaikan RM1,000 setahun bermula 2026, sehingga mencapai RM12,000 pada 2028.

“Pendekatan ini akan memenuhi keperluan rakyat dan pada masa sama mengurangkan tekanan ke atas kewangan kerajaan. Ia tuntutan yang wajar,” tegasnya.

Guan Eng menambah, langkah itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat tetapi juga mampu memulihkan keyakinan terhadap kerajaan.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, bahawa isu ekonomi menjadi faktor utama kemerosotan keyakinan pengundi, dengan PRN Sabah sebagai contoh jelas.

Ahli Parlimen Bagan itu turut mendedahkan telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengandungi 10 cadangan reformasi ekonomi bagi mengembalikan kepercayaan rakyat. – 2 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related