◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia terus tunjukkan solidariti dalam Himpunan Pembebasan Palestin

Himpunan di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini turut menyampaikan mesej kepada dunia Malaysia mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan menentang kekejaman rejim Zionis

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung hari ini sekali lagi bakal menyaksikan rakyat Malaysia terus bersatu hati dalam menzahirkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin.

Dijadual bermula pada 6 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil, himpunan itu juga bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu, untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan Doa Qunut Nazilah.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menyeru semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira fahaman politik, untuk hadir ke perhimpunan itu.

Difahamkan juga kira-kira 40 wakil diplomatik akan turut hadir pada himpunan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang dipertanggungjawabkan mengetuai himpunan itu, menyeru orang ramai menyatakan sokongan bersama rakyat Palestin demi melindungi orang-orang tertindas serta terbunuhnya Haniyeh.

Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran pada kira-kira 2 pagi waktu Iran, pada 31 Julai. Beliau berada di ibu negara Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Pada 24 Oktober tahun lalu, Himpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Axiata Arena yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang, bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa, himpunan berkenaan juga menyaksikan penyertaan lebih 15,000 rakyat Malaysia, yang turut sama menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza juga pernah diadakan di Masjid Negara pada 13 Okt 2023 bagi tujuan sama. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

MYFutureJobs Career Exploration Centre launched to tackle talent mismatch crisis

The Human Resources Ministry has unveiled Malaysia’s first high-tech immersive career hub at NU Sentral, aimed at helping job seekers and graduates make smarter, industry-aligned career choices using AI-driven tools

◉ Related