HEADLINES

‘Tiada lagi rakaman semula Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang’, Imran Ajmain bakal tampilkan karya baharu

“Jangan harapkan lagi adanya lagu Seribu Tahun bahagian kedua atau Selamat Ulang Tahun Sayang bahagian tiga, bahagian empat atau bahagian lima. Semua itu tak ada."

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Imran Ajmain tidak menyangka usahanya untuk merakamkan semula lagu Selamat Ulang Tahun Sayang mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminatnya.

Imran juga memberitahu, dia turut diberikan kata-kata semangat untuk kembali menyanyi selepas menyepi untuk suatu tempoh yang lama.

“Saya lancarkan Selamat Ulang Tahun Sayang yang asal pada 2009. Kemudian, sewaktu menjayakan acara Malam Galau di Johor Bahru awal tahun ini, saya umumkan mahu lancarkan rakaman baharu lagu itu pada hari jadi saya yang jatuh pada 25 April.

“Alhamdulillah, lagu rakaman baharu Selamat Ulang Tahun Sayang itu sudah capai 120,000 tontonan di YouTube. Ini angka yang sangat lumayan untuk seseorang yang dah lama tidak keluarkan lagu baru dan tidak aktif menyanyi,” katanya.

Menurut Imran, selepas suksesnya Selamat Ulang Tahun Sayang versi baharu ini, dia akan tampil dengan satu kelainan.

“Jangan harapkan lagi adanya lagu Seribu Tahun bahagian kedua atau Selamat Ulang Tahun Sayang bahagian tiga, bahagian empat atau bahagian lima. Semua itu tak ada.

“Saya akan buat benda baru. Saya harap saya akan dapat sokongan padu yang sama untuk karya baharu saya nanti,” katanya.

Penyanyi kelahiran Singapura itu mengakui seronok apabila mendapat pengalaman dan kawan baharu setelah setahun kembali aktif menyanyi.

“Tak sangka saya akan dapat banyak maklum balas positif dan kata-kata semangat yang mengalu-alukan saya untuk kembali menyanyi,” katanya menerusi video pendek yang dikongsi di Instagramnya. – 18 November, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related