HEADLINES

Fahmi ucap takziah atas pemergian aktivis teater, Rosminah Tahir

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, dikongsikan rakan penggiat seni, seniwati Fauziah Nawi dan pelakon veteran Zulkifli Ismail

8:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis teater tanah air yang juga bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) Rosminah Mohd Tahir, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi dalam satu hantaran ringkas di laman X berkata Rosminah, merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater tidak lama dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, dikongsikan rakan penggiat seni, seniwati Fauziah Nawi dan pelakon veteran Zulkifli Ismail, masing-masing menerusi hantaran di Faceook, semalam.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, petang semalam dan difahamkan jenazah dibawa pulang ke Muar, Johor malam tadi untuk dikebumikan pagi ini.

Selain berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Aswara, Allahyarham juga pernah mengarah beberapa pementasan teater berskala mega, seperti Di Bawah Lindungan Kaabah; Muzikal Tun Mahathir; Muzikal Lantai T Pinkie; Muzikal Ibu Zain; Nyonya; Li Po; Mak Dara Nyonya dan Anugerah. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related