HEADLINES

Isham dihubungi polis, Siti Mastura maklum dapat info Chin Peng dari risalah kempen ‘BN Comms’

“Polis bagitau saya, YB Mastura kata dia dapat info daripada satu risalah BN Comms ketika kempen, mungkin polis siasat saya kot,'' kata Isham

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Abdul Jalil telah dihubungi oleh polis selepas Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad memaklumkan mendapat info mengenai Chin Peng daripada satu risalah yang dikatakan dari BN Comms. 

Menurut Isham, beliau tidak mengetahui sama ada beliau turut disiasat namun Isham tidak merasakan BN Comms mengeluarkan risalah terbabit. 

“Polis bagitau saya, YB Mastura kata dia dapat info daripada satu risalah BN Comms ketika kempen, mungkin polis siasat saya kot, tak tau siasat ke tak sebab saya ketua penerangan Umno. 

“Umno dan BN Comms adalah lain. Benda ini berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU). Saya bukan ketua penerangan Umno ketika. Saya tak rasa risalah BN yang keluarkan,’’ katanya menerusi Facebooknya. 

Siti Mastura Muhammad telah memberikan keterangan di Balai Polis Bukit Aman pada 14 November lalu. – Abdul Razak Latif/Scoop, 19 November, 2023

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng. 

Berikutan itu beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Siti Mastura juga telah dipanggil memberikan keterangan kepada polis pada 14 November lalu. 

Dalam pada itu, Isham turut menasihat Siti Mastura ialah supaya memeriksa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan. 

“Biarkan polis siasat. Awak mungkin tersilap cakap, tak apa, jangan takut, bagi kerjasama dengan pihak polis dan biar polis siasat dan bagitau mana awak dapat benda tu. 

“Tapi jangan tuduh-tuduh saya ke atau orang lain. Saya tak cakap awak tuduh saya, tapi tiba-tiba Bukit Aman call saya,’’ katanya. – 19 November, 2023 

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related