KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Oktober ini bagi mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Hakim Noor Ruwena menetapkan tarikh berkenaan ketika pengurusan kes hari ini.
Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, sebelum itu membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas menerima pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Pada 26 Disember lalu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) ketika menyampaikan keputusannya, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.387 bilion terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Ketika itu, mahkamah memerintahkan Najib menjalani hukuman penjara 15 tahun berkuat kuasa serentak selepas beliau menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib.
Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara sehingga 23 Ogos 2028 secara tahanan di rumah, tertakluk kepada penyelesaian penuh denda RM50 juta serta pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pada 21 September lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu, Najib masih belum melunaskan denda RM50 juta iaitu syarat utama yang ditetapkan bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Mohd Dusuki berkata, bayaran denda berkenaan mesti dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bermula dan dibicarakan di mahkamah tersebut.
Bagaimanapun Peguamnya, Tetuan Shafee & Co. dalam satu kenyataannya berkata, Peguamnya, Tetuan Shafee & Co. dalam kenyataannya berkata Najib akan kekal di Penjara Kajang ketika ini memandangkan keupayaannya untuk membayar denda RM50 juta berada di luar kawalan beliau.
Ini kerana sebahagian sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan prosiding penguatkuasaan oleh kerajaan serta pelupusannya pada masa ini bukan di bawah kawalan tunggal beliau. – 25 September, 2026
