◉ HEADLINES

Lelaki jangan malu buat laporan jika jadi mangsa gangguan seksual

Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10 peratus melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga menerima gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan.

6:35 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani, dengan segera tampil melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa bagi memastikan jenayah itu dapat ditangani sebaiknya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana golongan berkenaan didapati lebih gemar memendam perasaan sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka.

Katanya gesaan berkenaan dibuat kerana tahap kesedaran terhadap perkara itu masih rendah, berikutan mangsa takut akan implikasi memandangkan kebiasaannya pelaku gangguan seksual di tempat kerja sering melibatkan pegawai atasan mereka.

“Daripada keseluruhan aduan mengenai gangguan seksual, hanya 10 peratus melibatkan mangsa lelaki. Mereka juga menerima gangguan seksual berbentuk sentuhan atau lisan. Kita tahu laporan polis tidak ramai buat tetapi di pihak kementerian, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) menerima banyak aduan ini.

Oleh itu, kita galakkan golongan lelaki untuk lebih berani dan tampil membuat aduan, termasuk juga dalam kalangan kanak-kanak, khususnya pelajar sekolah. Kita tidak mahu ada kesulitan dalam menerima aduan sama ada lelaki atau wanita, layanan seharusnya tiada beza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

Nancy berkata, sebanyak 477 kes gangguan seksual dilaporkan pada tahun lepas dengan 90 peratus daripada jumlah itu merupakan aduan daripada golongan wanita.

Justeru itu, pihaknya berharap dengan penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual dapat membantu mangsa membuat aduan sekali gus menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan dengan cepat, mudah dengan kos yang minimum.

“Buat masa ini tribunal akan beroperasi di Semenanjung dan berpusat di Putrajaya, namun saya akan syorkan supaya wakil dari Sabah dan Sarawak turut dilibatkan bagi memudahkan aduan diterima dari kedua-dua negeri itu. Menerusi tribunal ini, tindakan boleh diambil daripada sudut sivil, jadi mereka boleh buat tuntutan, ‘compensation’,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual.

Berhubung Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual, Nancy berkata, ia bertujuan menjadikan masyarakat lebih cakna mengenai isu gangguan seksual sekali gus tidak dianggap normal dalam masyarakat dan Johor menjadi destinasi terakhir tahun ini dengan kehadiran seramai 1,300 peserta. – 19 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related