HEADLINES

Enam sekeluarga termasuk bayi maut dalam kemalangan libatkan lori tanah, SUV

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.46 petang dan sepasukan bomba digerakkan segera ke lokasi.

Jelasnya, kemalangan itu melibatkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.

“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” katanya, lapor Bernama.

Empat daripada mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, dan Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta bayi berusia enam bulan (belum dapat dipastikan jantina), turut meninggal dunia.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, mengalami cedera parah akibat kemalangan itu,” katanya. – 7 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related